Friday 9 September 2016

Makanan yang kita ambil adalah untuk bekalan tenaga dan membaik pulih tisu-tisu badan sementara bahan kumuh dan buangan akan dialirkan keluar melalui darah. Darah bersama sisa buangan tisu badan akan ditapis oleh unit-unit kecil di dalam buah pinggang yang dikenali sebagai nefron. Melalui proses penyaringan ini, bahan buangan serta air berlebihan akan disalurkan keluar dari badan melalui air kencing. Namun, apabila unit-unit nefron ini rosak, maka daya tapisan bahan buangan akan berkurangan. Rawatan dialisis akan membantu tugas-tugas buah pinggang yang rosak serta membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan di samping rawatan pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik. Sumber: Utusan Pesakit buah pinggang perlu menjaga pemakanan mereka seawal mereka didiagnos mempunyai masalah kegagalan buah pinggang. Terdapat banyak pantang larang dalam pemakanan pesakit buah pinggang. Pantang larang dan panduan yang akan saya kongsikan ini saya perolehi daripada rujukan internet, dan juga daripada perkongsian jururawat unit renal HSNZ serta pesakit di wad tersebut. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada mereka yang sedang menjaga pesakit buah pinggang. 1. Kawan Pengambilan Cecair Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja. Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari. Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras. Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair. 2. Kawal Pengambilan Makanan Tinggi Protien seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam. Hal ini kerana, makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah. Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein. 3. Tidak Boleh Kerja Berat seperti kerja buruh dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pesakit boleh bekerja seperti biasa atau melakukan aktiviti sukan biasa untuk kesihatan. Jika pesakit melakukan dialisis, proses dialisis itu sendiri menyebabkan banyak nutrien yang diperlukan tubuh turut tersingkir dan tubuh pesakit akan cepat lemah dan tidak bertenaga. Oleh itu, pesakit mungkin perlu mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan semula nutrisi yang telah hilang sewaktu dialisis. Pesakit buah pinggang biasanya akan diberikan kalsium dan vitamin seperti vitamin C dan vitamin B untuk membantu memulihkan tenaga menggantikan semula nutrisi yang hilang setelah mereka melakukan dialisis. 4. Tidak Boleh Terlebih Sodium / Garam Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal. Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan. Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis. Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin. 5. Tidak Boleh Kaya Pottasium seperti bayam, kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma. Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas. Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba. Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari. Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg. 6. Tidak Boleh Lebih Fosfat dalam pemakanan. Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah. Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang. Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah. Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu. Manakala mimuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina. Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam. Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa. 7. Makan Pada Waktu Tetap Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap. Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi. “Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat,” kata Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
Mengapa plan diet untuk pesakit buah pinggang penting? Apa yang anda makan akan mempengaruhi kesihatan anda. Mengekalkan berat yang sihat dan makan seimbang iaitu kurang garam akan membantu anda mengawal tekanan darah. Pesakit diabetes pula perlu diet yang ketat untuk mengawal paras gula dalam darah. Mengawal tekanan darah dan diabetes akan membantu mengurangkan penyakit buah pinggang. Kalori Tubuh mendapat tenaga dari kalori yang anda makan dan minum. Kalori datang dari sumber karbohidrat, protein dan lemak yang anda makan. Setiap pesakit mempunyai keperluan kalori berbeza mengikut jantina, umur, berat, dan tahap penyakit. Berbincang dengan doktor anda untuk nilai kalori yang tepat untuk anda. Anda juga boleh mengira sendiri keperluan kalori anda menggunakan formula dari entri ni. Protein Protein adalah salah satu blok binaan dalam tubuh kita. Tubuh kita memerlukan protein untuk membesar, pulih dan kekal sihat. Terlalu kurang protein akan menyebabkan kulit, rambut dan kuku menjadi tak bermaya. Bagaimanapun, terlalu banyak protein pun boleh timbulkan masalah. Jumlah protein yang perlu diambil bergantung kepada saiz tubuh, tahap keaktifan, tahap kesihatan. Sesetengah doktor akan mencadangkan menghadkan pengambilan protein atau menukar sumber protein yang diambil. Ini kerana diet yang tinggi protein akan membebankan buah pinggang dan mungkin menambah kerosakan. Sila beringat, walaupun makanan tersebut rendah protein tak bermaksud anda boleh ambil banyak tak beringat ye. Kuncinya adalah kesederhaan. Cadangan pengambilan harian adalah tidak lebih 0.8gram bagi setiap 1 kilogram berat tubuh. Karbohidrat Karbohidrat adalah sumber tenaga paling mudah diguna tubuh. Sumber karbohidrat yang baik adalah madu, buah dan sayur. Sumber karbohidrat yang tak elok termasuk gula, gula-gula dan minuman manis. Sesetengah karbohidrat tinggi potassium dan phosphorus yang mana anda perlu hadkan pengambilannya. Lemak Anda memerlukan sedikit lemak untuk kekal sihat. Lemak memberikan anda tenaga dan membantu menukar sesetengah vitamin dari makanan. Terlalu banyak lemak akan menyebabkan obesiti dan penyakit jantung. Beri keutamaan kepada lemak tak tepu seperti minyak zaitun dan minyak sayuran dan kurangkan lemak tepu yang menbahayakan kesihatan seperti mentega, lepa susu, kulit ayam dan lemak pada daging. Sodium Sodium (garam) adalah mineral yang dijumpai dalam banyak makanan. Terlalu banyak garam akan membuatkan anda haus yang akan membuatkan anda berpeluh dan menaikkan tekanan darah. Ini boleh merosakkan lagi buah pinggang anda dan memaksa jantung berkerja keras. Cara mengawal pengambilan garam: Jangan campurkan garam ketika memasak. Cuba gantikan dengan perahan lemon, herba dan rempah bebas sodium. Ikut sunnah Nabi s.a.w iaitu memasukkan secubit garam dalam mulut sebelum memulakan makan. Orang Arab juga hanya menabur garam di bahagian atas sesudah masak. Pilih sayuran segar berbanding di dalam tin. Makanan dalam tin mengandungi bahan pengawet. Elakkan makan berproses dalam tin. Ganti buah-buahan sebagai snek berbanding keropok dan makanan ringan yang tinggi garam. Elakkan sup segera atau makanan sejuk beku yang tinggi sodium Kurangkan perasa makanan tinggi garam seperti sos dan kicap. Sumber Buah pinggang berperanan menapis cecair tubuh dan mengimbangi kimia dalam tubuh. Organ tersebut mempunyai penapis halus bagi tujuan tersebut. Bagaimanapun apabila masa berlalu, kesan dari pengambilan makanan bukan organik atau dengan kata lain makanan yang diproses dikilang yang tidak mempunyai keseimbangan kimia, penapis buah pinggang kita menanggung akibat berkerja melebihi had. Berikut adalah tips untuk mengurangkan beban buah pinggang anda yang saya dapat dari FB. Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh. Tapi tu jika buah pinggang anda belum rosak. Normally jika sudah rosak, doktor akan cadangkan kuantiti air yang selamat untuk anda. Sila dapatkan pandangan doktor ye. Elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana kerana garam yang berlebihan ini akan memaksa buah pinggang berkerja keras. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei) Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash, minuman serbuk 3 in 1 dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa yang walaupun dibenarkan tetapi memang akan beri kesan jangka panjang terhadap buah pinggang Meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. Teh kedai majoritiya akan guna teh murah. Pengambilan coklat perlu dielakan dan minimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. Jika itu sebahagian senarai makanan yang perlu dielakkan, apa pula makanan yang elok untuk manfaat buah pinggang? saya google dan terjumpa 15 makanan yang baik untuk pesakit buah pinggang serta manfaatnya di sini. Tapi pastikan sayur sayuran ini di makan mentah atau elakkan haba melebihi 40 darjah celcius untuk mengelakkan vitamin termusnah dan pengambilan menjadi sia-sia. 1- Cili Benggala 1/2 cawan = 1 mg sodium, 88 mg potassium, 10 mg phosphorus Cili benggala rendah potassium tetapi mempunyai rasa yang tinggi. Tetapi bukan itu sahaja penyebab ia baik untuk diet buah pinggang, sayur ini juga kaya dengan vitamin C dan A selain B6, asid folik dan serat. Sayur ini baik kerana ia mengandungi lycopene, sejenis antioksidan yang melindungi dari kanser tertentu. 2- Kobis Bulat 1/2 cawan = 6 mg sodium, 60 mg potassium, 9 mg phosphorus Kobis bulat dibungkus bersama phytochemicals, sejenis bahan kimia berfungsi untuk melindungi makanan daripada rosak akibat radikal bebas. Phytochemicals juga boleh melindungi dan menghentikan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari disamping meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kobis bulat tinggi Vitamin K, Vitamin C dan Fiber selain kaya dengan Vitamin B dan Asid Folik. 3- Bunga Kobis 1/2 cawan = 9 mg sodium, 88 mg potassium, 20 mg phosphorus Bunga kobis kaya dengan vitamin C dan sumber folate dan fiber yang bagus. Ia juga dilengkapi indoles, glucosinolates and thiocyanates - sebatian yang meneutralkan bahan bertoksin yang merosakkan mebran sel dan DNA 4- Bawang Putih 1 ulas = 1 mg sodium, 12 mg potassium, 4 mg phosphorus Bawang putih membantu mengelak pembinaan plak pada gigi, merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan inflamasi. 5- Bawang 1/2 cawan = 3 mg sodium, 116 mg potassium, 3 mg phosphorus Bawang merupakan sebahagian daripada keluarga alium dan perasa asas dalam kebanyakan masakan mengandungi unsur sulfur yang memberi bau yang menusuk. Bawang kaya dengan flavonoid terutama quercetin yang merupaka antioksidan kuat yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan anti-kanser. Bawang rendah kandungan potassium dan merupakan sumber baik chromium iaitu mineral yang membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein. 6- Epal Sebiji epal (dengan kulit) = 0 sodium, 158 mg potassium, 10 mg phosphorus Epal diketahui dapat menurunkan paras kolestrol, mengelakkan sembelit, melindungi daripada sakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Tinggi serat dan unsur anti inflamasi, sebiji epal sehari mungkin boleh mengurangkan kekerapan berjumpa doktor. 7- Kranberi 1/2 cawan jus koktail = 3 mg sodium, 22 mg potassium, 3 mg phosphorus 1/4 cawan sos kranberi = 35 mg sodium, 17 mg potassium, 6 mg phosphorus 1/2 cawan kranberi kering = 2 mg sodium, 24 mg potassium and 5 mg phosphorus Buah beri yang masam dan lazat ini diketahui dapat melindungi daripada jangkitan pada hempedu dengan menghalang bakteria daripada melekat pada dinding hempedu. Dengan cara yang sama, kranberi juga melindungi dinding perut daripada bakteria punca ulser dan melindungi dinding usus dan menggalakkan usus yang sihat. Kranberi juga terbukti melindungi daripada kanser dan sakit jantung. 8- Beri Biru 1/2 cawan = 4 mg sodium, 65 mg potassium, 7 mg phosphorus Beri biru adalah tinggi antioksidan fitonutrien yang dipanggil anthocyanidin, yang memberinya warna biru, dan ia kaya dengan unsur semulajadi yang mengurangkan inflamasi. Beri biru merupakan sumber baik vitamin C, mineral mangan yang memastikan tulang yang sihat; dan serat yang juga membantu melindungi otak daripada kesan penuaan. Antioksidan didalam beri biru dan beri yang lain terbukti membantu memperlahankan kadar kerapuhan tulang bagi individu yang rendah tahap estrogen. 9- Rasberi 1/2 cawan = 0 mg sodium, 93 mg potassium, 7 mg phosphorus Rasberi mengandungi fitonutrien yang dipanggil asid elagik yang membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh untuk mengelakkan kerosakan sel. Ia juga mengandungi flavonoid yang dipanggil anthocyanins, antioksidan yang memberikannya warna merah. Sumber terbaik mineral mangan, vitamin C, serat dan folat, vitamin B, rasberi mungkin mempunyai kandungan yang menghalang pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor. 10- Strawberi 1/2 cawan (5 biji) = 1 mg sodium, 120 mg potassium, 13 mg phosphorus Strawberi kaya dengan dua jenis poliphenol anthocyanins dan ellagitannins. Anthocyanins memberi warna merah pada strawberi dan antioksidan kuatyang membantu melindungi struktur sel tubuh dan mengelakkan kerosakan oksidatif. Strawberi merupakan sumber terbaik vitamin C, serat dan mineral mangan. Ianya diketahui dapat melindungi hati juga sebagai anti kanser dan komponen anti inflamasi. 11- Ceri 1/2 cawan = 0 mg sodium, 160 mg potassium, 15 mg phosphorus Ceri terbukti mengurangkan inflamasi jika diambil setiap hari. Ia juga dilengkapi dengan antioksidan dan fitokimia yang melindungi hati. 12- Anggur Merah (VIVIX) 1/2 cawan = 1 mg sodium, 88 mg potassium, 4 mg phosphorus Anggur merah mengandungi beberapa jenis flavonoid yang memberikannya warna merah. Flavonoid membantu melindungi daripada penyakit jantung dengan mengelakkan pengoksidaan dan mengurangkan pembentukan plak pada salur darah. Resveratrol, sejenis flavonoid yang terdapat dalam anggur merah dipercayai merangsang penghasilan nitric oxide yang membantu menenangkan sel otot di dalam salur darah yang membantu melancarkan aliran darah. Flavonoid ini juga bertindak memberi perlindungan terhadap kanser dan mengelakkan inflamasi. Fitokimia di dalam anggur merah telah dikaji secara mendalam sejak penemuan orang Perancis mempunyai statistik pesaakit jantung yang rendah walaupun diet mereka tinggi lemak tepu. Dari peristiwa ini bermulanya sejarah Vivix. Produk unggul dengan kuasa lebih 10 kali ganda lebih baik berbanding resveratrol sahaja. Ini membolehkan pesakit buah pinggang menikmati Vivix sebagai diet yang membantu mengatasi masalah kerosakan buah pingang. 13- Putih Telur 2biji (putih sahaja) = 7 grams protein, 110 mg sodium, 108 mg potassium, 10 mg phosphorus Putih telur adalah protein tulen dan ia menyediakan sumber protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan kesemua asid amino yang diperlukan. Untuk diet buah pinggang, putih telur membekalkan protein dengan nilai phosphorus yang rendah berbanding sumber protein lain seperti kuning telur atau daging. 14- Ikan (OMEGA GUARD) 3 ounch ikan salmon = 50 mg sodium, 368 mg potassium, 274 mg phosphorus Ikam menyediakan protein kualiti tinggi dan mengandungi lemak yang bersifat anti-inflamasi yang dipanggil omega-3. Omega 3 membantu melawan penyakit seperti sakit jantung dan kanser. Omega 3 juga membantu menurunkan paras kolestrol tak baik LDL (Low-Density Lipoprotein) dan menaikkan paras kolestrol baik HDL (High-Density Lipoprotein) 15- Minyak Zaitun 1 sudu = kurang 1 mg sodium, kurang 1 mg potassium, 0 mg phosphorus Minyak zaitun merupakan salah satu sumber terbaik asid oleik, sejenis lemak asid bersifat anti-inflamasi. Lemak tunggal tak tepu di dalam minyak zaitun melindungi tubuh dari proses oksidasi. Kajian menunjukkan populasi yang menggunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding minyak sawit menunjukkan kadar penyakit jantung dan kanser yang lebih rendah. Read more: http://www.freevitamin.my/2014/05/tips-diet-untuk-pesakit-buah-pinggang.html#ixzz4JkEOBK6X

Wednesday 7 September 2016

Kegagalan buah pinggang kronik dalam istilah perubatan dinamakan CKD atau chronic kidney disease yang merupakan keadaan penurunan fungsi buah pinggang secara beransur-ansur, terus menerus, dan bersifat kekal. Simptom penyakit buah pinggang kronik cukup umum, antara lain: Lebih kerap berhasrat untuk buang air kecil, terutama di malam hari. Kulit kering dan gatal. Kejang otot. Adanya kandungan protein atau darah di dalam air kencing yang dikesan semasa melaksanakan ujian air kencing. Penurunan berat badan dan nafsu makan. Otot kejang. Gangguan tidur. Mual dan muntah. Disfungsi erektil pada lelaki. Masalah yang muncul akibat keadaan kegagalan buah pinggang kronik ini tergolong sederhana sehingga ramai orang yang tidak sedar sedang mengalami keadaan ini hingga mencapai stadium lanjut. Untuk mengesan CKD boleh melalui ujian air kencing dan darah. Pengesanan penyakit ini seharusnya dilakukan oleh setiap orang yang telah mengalami beberapa simptom dari sakit buah pinggang kronik yang berlaku pada tubuhnya. Hal ini penting kerana pada stadium lanjut pesakit CKD akan mengalami sesak nafas, air kencing disertai darah, bengkak pada pergelangan kaki, kaki, atau tangan kerana adanya timbunan cecair pada peredaran tubuh seperti pada senarai tanda awal sakit buah pinggang di atas. Setelah mendapat hasil diagnosis selepas melakukan ujian air kencing dan darah untuk mengesan CKD, tentu status positif mengalami CKD akan membuat kita menjadi cemas. Pada situasi seperti ini, segera serahkan diri pada doktor untuk melakukan tugasnya dengan baik. Langkah pengendalian yang bertujuan untuk menyembuhkan kegagalan buah pinggang kronik biasanya hanya memberi tumpuan untuk melambatkan atau menghentikan perkembangan penyakit dan mengelak munculnya keadaan serius lain. Hal ini dilakukan kerana adanya risiko menderita stroke atau serangan jantung yang disebabkan oleh perubahan pada peredaran tubuh saat menderita CKD. Kegiatan memulakan amalan gaya hidup sihat juga boleh dilakukan untuk mengubati penyakit ini. Beberapa contoh amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan misalnya berhenti merokok, sukan rutin dan teratur, tidak mengambil minuman keras, selalu mengambil makanan dengan gizi seimbang dan rendah lemak, tidak berlebihan dalam pengambilan garam (maksimum 6 gram per hari), dan mengurangkan berat badan apabila mengalami obesiti.

Triple T

Triple T
Teh Penawar Buah Pinggang

Pakej Ke Langkawi

Hubungi: Kak Ani 012 5353 584 Pakej : Rumah + Avanza
Powered by Blogger.

SURAT KHABAR

SURAT KHABAR

TEH HERBA

Assalamualaikum, Saya Sendiri Minum Teh Triple T dan hilang bengkak dibadan dlm tempoh 2 hari. Marilah Berikhtiar Allah Tidak Menurunkan Penyakit Melainkan Diturun Baginya Ubat. Call : AbgDie 0113 517 0779 WhatsApp : 010 527 9251

Popular Posts

Recent Posts

Hubungi :

WhatsApp : 010 527 9251